Sebenarnya proses ini boleh diuruskan oleh pihak Bank (dengan melantik runner). Tetapi memandangkan saya agak kedekut (huhu) untuk membayar RM300 sebagai upah kepada runner dan prosesnya tidak lah rumit mana, saya decide untuk buat sendiri proses ini. Jika buat sendiri kosnya hanyalah RM150.
Pembeli dan Penjual ke JPJ bersama.
1. Pergi ke kaunter, minta borang tukar hak milik - juga dikenali sebagai borang JPJ K3
Untuk menjimatkan masa, anda boleh juga mengisi borang ini terlebih dahulu sebelum ke JPJ (link)
2. Pastikan bawa Geran bersama Borang B5 (Puspakom).
3. Borang-borang lain tidak perlu. Tidak perlu photostat salinan IC,dsb (sistem JPJ sekarang semua menggunakan sistem Online - untuk pengesahan hanya perlu thumb-scan MyKad).
4. Ambil no giliran. Tunggu sehingga no anda dipanggil.
5. Penjual dan Pembeli thumb-scan MyKad.
6 Bayar RM150 sebagai proses tukar hak milik.
7. Pegawai JPJ akan print Geran - di bahagian bawah nama pemilik baru akan dicetak. Nama bank dan no akaun juga akan dicetak di geran. Pastikan ada cop "Hakmilik dituntut oleh bank" kerana jika tidak, pihak Bank akan reject & tidak dapat proses peringkat seterusnya.
8. Semua proses diatas hanya mengambil masa 5minit sahaja. Selesai.
*Proses diatas berpandukan apa yang dilalui oleh saya sendiri, jika ada perubahan proses, sila rujuk kepada lamanweb JPJ.
Soalan Lazim berkaitan tukar Hak Milik / Tukar Nama di JPJ - sila klik link di sebelah.
salam. nak tanya.. kalau pembeli tak ada berdekatan, boleh ke guna wakil, contoh abg atau kakak kepada pembeli?
BalasPadamTak boleh. System sekarang owner kena thumb print.
BalasPadamsalam..nk tanya boleh ke pembeli thumbprint terlebih dahulu,kemudian baru penjual
BalasPadamSingkat kata untuk keuntungan luar biasa yang anda bantu saya perolehi hanya dalam seminggu dengan strategi pilihan binari. Maaf kerana saya ragu pada awalnya, saya melabur $ 200 dan memperoleh $ 2,500 hanya dalam satu minggu, dan terus melabur lebih banyak lagi, hari ini saya mempunyai kewangan berjaya, anda boleh menghubunginya melalui E-mel: (tdameritrade077@gmail.com) whatsapp (+447883246472) Saya nasihatkan anda jangan ragu-ragu. Dia hebat.
BalasPadam