Fasa 6 : Insurance Kereta dan Withdraw NCD (Non Claim Discount)

Selepas selesai tukar nama di JPJ, proses seterusnya ialah membeli insurance kereta baru. Sebagai Pembeli, Penjual memberi saya copy /salinan Geran untuk urusan ini.

TIPS>
Seperti biasa, oleh kerana saya kedekut membayar komisen kepada insurance ejen, saya terus ke cawangan insurance berkenaan dikawasan berdekatan. Contohnya, cawangan terdekat Etiqa kawasan Puchong ialah di SS17 Subang Jaya. 
Kerana jika membuat insurance di direct cawangan Etiqa, saya mendapat tambahan 10% discount dari harga sebenar. Sebenarnya, 10% itulah komisen ejen insurance jika kita renew dikedai-kedai ejen insurance.
Dengan 10% jimat, saya dapat isi minyak kereta saya full tank. :)


Peringkat ini mempunyai 2 peringkat:

1. Withdraw NCD dari kereta lama ke kereta baru.
2.  Beli insurance kereta baru.

Jika anda seorang Pembeli, dan telahpun menjual kereta lama anda - Untuk Withdraw NCD:

1. Bawa salinan Geran kereta lama anda, pergi ke cawangan Insurance berkenaan dan nyatakan untuk withdraw NCD.
2. Pihak insurance berkenaan akan check nama di Geran anda, dan withdraw NCD berkenaan.

Bagi kes saya, oleh kerana saya telahpun lama menjual kereta saya dan ingin menggunakan syarikat insurance yang sama untuk kereta baru yang dibeli, saya buat Withdraw and Beli Insurance pada masa yang sama.

Memindah NCD dari kereta lama kepada Kereta baru

1. Beritahu pegawai insurance di kaunter, bahawa anda ingin memindah NCD ke kereta baru.

2. Tunjukkan salinan geran.

3. Jika ditanya, berapakan jumlah insurance yang ingin diambil?

WARNING!>
PASTIKAN, anda mengambil insurance yang jumlah coveragenya sama / lebih besar dengan jumlah loan yang dipohon. Sebagai contoh, jika anda membeli kereta berharga RM55,000 dan jumlah loan yang dipohon dibank juga adalah RM55,000. Maka anda wajib memohon jumlah berkenaan ( jumlah minima / paling kurang). Jika anda mengambil jumlah coverage kurang daripada itu (contohnya RM52000), pihak bank tidak boleh terima insurance berkenaan dan anda perlu ke Insurance sekali lagi untuk topup coverage menyamai jumlah loan yang dibuat.

4. Bayar jumlah insurance berkenaan.

5.Selesai

Jadual NCD sebagai Panduan

Proses diatas dilalui oleh saya sendiri, jika ianya berbeza, sila rujuk syarikat insurance anda.

Soalan Lazim > sila klik link sebelah





1 ulasan:

  1. Singkat kata untuk keuntungan luar biasa yang anda bantu saya perolehi hanya dalam seminggu dengan strategi pilihan binari. Maaf kerana saya ragu pada awalnya, saya melabur $ 200 dan memperoleh $ 2,500 hanya dalam satu minggu, dan terus melabur lebih banyak lagi, hari ini saya mempunyai kewangan berjaya, anda boleh menghubunginya melalui E-mel: (tdameritrade077@gmail.com) whatsapp (+447883246472) Saya nasihatkan anda jangan ragu-ragu. Dia hebat.

    BalasPadam