Kenapa perlu ada panduan ni?

Sebab nombor satu..........Jimat duit.

Semestinya faktor fulus. Daripada buang duit upah 3rd party/ runner/ melalui used car dealer untuk uruskan jual beli kereta , baik kita uruskan sendiri. Ada yang charge minima RM500..ada lah jugak sampai RM2000.

Kadangkala kos untuk tukar nama di JPJ pun runner charge sampai RM300. Padahal JPJ charge hanya RM150. Urusan di JPJ pun makan masa 5minit sahaja. Yang lamanya...menunggu giliran nombor dipanggil.

Lain-lain...kalau kita buat sendiri insuran kereta TERUS di cawangan insuran kereta, ada tambahan rebat 10%. Kalau insurance kereta RM1000, 10% rebat sudah RM100.

So, kalau kira2 semua berapa kita dapat jimat. Kira sendirilah....Nah calculator. :)

Paling sikit kita untung RM500...dah lepas bayar ansuran kereta sebulan.

Proses:
1. Proses Rundingan Jual Beli Kereta
2. Pembeli Mohon Loan / Pinjaman di Bank
3. Penjual bawa untuk Ujian Puspakom
4. Pembeli & Penjual Sign Agreement / Perjanjian Jual Beli Kereta di Bank
5. Proses Tukar Hak Milik / Tukar Nama di JPJ
6. Insurance Kereta dan Withdraw NCD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan